Tarikh

:24 OGOS 2019
Masa :8.30 AM - 1.00 PM
Lokasi : DEWAN TERBUKA DATARAN MUARA      KUALA BESUT
Peserta : 275 ORANG

 

Tujuan

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menwar-warkan kepada komuniti tentang dan kemudahan yang disediakan oleh SKMM & TM menerusi MSD Digital Intelligence Sdn Bhd iaitu menyediakan capaian internet mnerusi Pusat Internet seluruh Daerah Besut dan juga menyemarakkan sifat patriotik dikalangan rakyat Malaysia terutamanya penduduk setempat sempena bulan kemerdekaan Malaysia.

Aktiviti

Program ini dihadiri oleh oleh komuniti kampung setempat dan juga seluruh rakyat dari pelbagai peringkat umur. Program ini adalah anjuran Jabatan Penerangan Negara dengan kerjasama Pusat Internet dan beberapa agensi lain. Pelbagai aktiviti diadakan bagi menyemarakkan rasa cintakan negara dan memberi kesedaran kepada komuniti tentang pentingnya sifat patriotik. Antara pertandingan yang telah dilaksanakan adalah seperti Pertandingan Mencipta Baju Berhiasa bertemakan hari Kemerdekaan, Basikal Berhias Merdeka, Pertandingan Menampal Bendera Merdeka ( Miv ), Musang Berjanggut, Pertandingan Mewarna, Pameran agensi dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang telah disediakan.

Gambar Disini