Empangan Paya Peda terletak di Hulu BesutTerengganu. Empangan ini melibatkan Sungai Angga,Sungai Peda dan Sungai Besut. Tujuan empangan ini bagi membekalkan air kepada 2,759 pesawah dalam Skim Pengairan Besut.

Empangan Paya Peda terletak kira-kira 1.5 kilometer di Hulu Angga Barrage dan 17 kilometer dari bandar Jerteh. Apabila siap, empangan seluas 77 kilometer persegi itu bakal dijadikan kawasan tadahan dan takungan bagi menampung 168 juta meter padu air untuk tanaman padi dua kali setahun di daerah Besut.

Pengarah Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA), Zulkifly Harun memaklumkan bahawa Empangan ini dapat menakung hujan di sekitar 7,500 hektar kawasan tadahan seluas 1,200 hektar itu. Kerja-kerja penyiasatan tanah, bancian dan topografi telah bermula pada pertengahan 2007.

Ia merupakan takungan air yang terbesar di daerah itu bagi dimanfaatkan bukan sahaja untuk tanaman padi tetapi sebagai sumber bekalan air bersih kepada penduduk, kegiatan industri pelancongan di samping mengatasi masalah banjir.

Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Empangan_Paya_Peda

 

Kampung Durian Telor terletak di kawasan Hulu Besut dijangka menjadi sebuah kampung yang maju berasaskan pertanian dalam tempoh 10 tahun akan datang melalui pelaksanaan Program My Kampung My Future (MKMF) yang diperkenal kerajaan menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Melalui MKMF, kampung yang dihuni 500 keluarga itu akan mengorak langkah ke hadapan dalam bidang ekonomi, infrastruktur, pendidikan, pelancongan dan pertanian.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan membabitkan setiap agensinya dalam membangunkan kampung itu bagi memastikan pendapatan penduduk meningkau

18275002 1561084837237742 7506123345388823646 n

Perkhidmatan kayak dan permainan air yang disediakan, yang diusahakan oleh Koperasi Kg Durian Telor

Hubungi : 017 931 8660 ( Izam Zamzuri bin Yusof )

 

18301300 1561084893904403 671052800648844823 n

Kampung Durian Telor akan dibangunkan sebagai sebuah kampung organik dalam pelbagai bidang agar ia bebas daripada segala bentuk pencemaran dengan setiap penduduknya sama-sama membangunkannya dengan dipantau oleh agensi pertanian yang terbabit .Penduduk mula dilibatkan dalam pelbagai projek pertanian seperti menternak lembu, kambing, ayam, itik, lebah kelulut (untuk madu) dan ikan dalam sangkar selain menanam sayur-sayuran menggunakan baja organik.

Beberapa projek ekonomi dan pelancongan sedang giat dirancang termasuk membangunkan Tasik Empangan Telabak di kampung berkenaan sebagai sebuah pusat hentian Agro-tourism.Kerjasama dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah pun dimulakan bagi memajukan kawasan itu sebagai pusat rekreasi berkonsepkan Pusat Rawat dan Rehat (R&R) di kawasan seluas 40.47 hektar.

18402922 1561084800571079 2016239399395143238 n

Sementara itu, Jabatan Pertanian akan mewujudkan sebuah taman pertanian di tanah seluas 40.47 hektar lagi di kawasan tasik berkenaan bagi menarik pelancong.Selain itu, Kampung Durian Telur mendapat faedah apabila menjalin kerjasama dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia pada tahun ini bagi mewujudkan sebuah pusat penjualan ikan manakala FAMA pula akan membuka pusat jualan sayur di Hulu Besut.

sumber : http://www.theborneopost.com/2014/01/08/program-mkmf-dijangka-majukan-kampung-durian-telur-dalam-tempoh-10-tahun/

Kolam Air Panas La terletak di pinggir ladang kelapa sawit Felda Tenang, Jertih, Besut, Terengganu. Jarak dari bandar Kuala Terengganu ke sini melalui lebuh raya ialah kurang 120 km dan dari bandar Jertih lebih kurang 20 km sahaja. Anda boleh datang ke sini melalui 2 laluan yang berbeza di mana laluan yang pertama melalui Felda Tenang dan laluan kedua melalui Kampung La ke Kampung Bogel, Hulu Besut. Laluan Kampung La adalah laluan asal untuk ke Kolam Air Panas sebelum laluan Felda Tenang dibuka. 

HUBUNGI : +60 13-976 5723 untuk tempahan tempat tinggal

IMG 2995

image a87d6af4e962de00df8dd5039b7cca6e20130226222305IMG 20150905 114501

Pantai bukit keluang merupakan satu pantai yang unik kerana terdapat strukur batuan ditepi pantai dan membentuk gua -  gua kecil. Pantai ini dahulunya terkenal dengan kisah tempat sembunyian lanun - lanun, namun kini ianya tetap kekal dengan keunikanya tersendiri. terletak hanya bebarapa kilometer dari kuala besut, ia sesuai untuk sebarang aktiviti bersama keluarga dan turut menjadi pilihan badan - badan pertubuhan seperti pengangkap. bulan sabit dan sebagainya untuk menjalankan  aktiviti mereka.

 Lata Tembakah sudah tidak asing lagi sebagai tempat berlibur bagi penduduk tempatan malahan daripada Kelantan pada hari minggu. Air Terjun yang terletak di Hutan Simpan Pelagat berdekatan Kampung Jabi,Jerteh kira-kira 24 km daripada Bandar Jerteh dan 130 km daripada Kuala Terengganu.

Lata Tembakah ini mempunyai tujuh tingkat air terjun dan banyak kolam-kolam takungan untuk mandi-manda. Tingkat keempat merupakan tingkat air terjun yang paling cantik anggaran 50 meter dan berpecah kepada tiga formasi terjunan sebelum jatuh ke kolam takungan. Untuk sampai ke tingkat keempat anda perlu berjalan kaki sekitar 45 hingga 60 minit. Bagi mereka yang membawa keluarga terutamanya kanak-kanak kecil,terdapat kolam takungan yang cetek untuk mereka bermain dan tidak perlu berjalan jauh kerana kolam takungan ini hanya berada di tingkat satu dan dua. Saban minggu, Lata Tembakah tidak sunyi dengan pelbagai aktiviti terutamanya dari badan-badan beruniform,NGO dengan pelbagai tujuan perkhemahan dan juga motivasi. Bagi mereka yang ingin ke Lata Tembakah,pastinya menjanjikan tempat bercuti yang paling sesuai untuk keluarga dengan alam semulajadi dan air terjunnya yang sejuk dan menyegarkan.