Sariman Che Omar, atau lebih dikenali sebagai abang man, beliau menjual kuih yang jarang orang jual, iaitu Churros. mendapat sambutan hangat disekitar kawasan besut. Beliau menjual disemua pasar malam di Besut. Churros boleh dibeli dengan Rm3.00, 10 batang kuih. Churros beliau sangat sedap. Beliau penah ditemuduga oleh suratkhabar sinar harian kerana keenakan dan Keunikan kuih Churros beliau.

Sumber: http://www.bharian.com.my/node/219169

 

Nasi Dagang Kak Lah sangat terkenal dengan keenakkan rasanya di kampung Pasir Akar. Nasi Dagang beliau menggunakan ikan tongkol untuk dijadikan lauk Nasi Dagang. Beliau hanya menjual pada waktu pagi di antara pukul 7.00 pagi sehingga 10.00 pagi. Dalam sejam, Nasi Dagang Beliau akan terhabis di jual. Beliau tidak hanya menjual Nasi Dagang tetapi pelbagai masakan untuk dijadikan sebagai sarapan antaranya adalah Nasi Berlauk iaitu nasi putih yang di makan bersama ayam gulai atau ayam masak merah,Nasi Lemak dan Nasi Kerabu.Kepada mereka yang ingin mencuba keenakkan Nasi Dagang Kak Lah boleh ke kedainya yang berlokasi di jalan tapak pasar malam bersebelah dengan Kedai Kak Ti Ikan dan berhadapan dengan jalan besar menghubungakan Jerteh dan Kg Keruak .