Lata Tembakah sudah tidak asing lagi sebagai tempat berlibur bagi penduduk tempatan malahan daripada Kelantan pada hari minggu. Air Terjun yang terletak di Hutan Simpan Pelagat berdekatan Kampung Jabi,Jerteh kira-kira 24 km daripada Bandar Jerteh dan 130 km daripada Kuala Terengganu.

Lata Tembakah ini mempunyai tujuh tingkat air terjun dan banyak kolam-kolam takungan untuk mandi-manda. Tingkat keempat merupakan tingkat air terjun yang paling cantik anggaran 50 meter dan berpecah kepada tiga formasi terjunan sebelum jatuh ke kolam takungan. Untuk sampai ke tingkat keempat anda perlu berjalan kaki sekitar 45 hingga 60 minit. Bagi mereka yang membawa keluarga terutamanya kanak-kanak kecil,terdapat kolam takungan yang cetek untuk mereka bermain dan tidak perlu berjalan jauh kerana kolam takungan ini hanya berada di tingkat satu dan dua. Saban minggu, Lata Tembakah tidak sunyi dengan pelbagai aktiviti terutamanya dari badan-badan beruniform,NGO dengan pelbagai tujuan perkhemahan dan juga motivasi. Bagi mereka yang ingin ke Lata Tembakah,pastinya menjanjikan tempat bercuti yang paling sesuai untuk keluarga dengan alam semulajadi dan air terjunnya yang sejuk dan menyegarkan.