Empangan Paya Peda terletak di Hulu BesutTerengganu. Empangan ini melibatkan Sungai Angga,Sungai Peda dan Sungai Besut. Tujuan empangan ini bagi membekalkan air kepada 2,759 pesawah dalam Skim Pengairan Besut.

Empangan Paya Peda terletak kira-kira 1.5 kilometer di Hulu Angga Barrage dan 17 kilometer dari bandar Jerteh. Apabila siap, empangan seluas 77 kilometer persegi itu bakal dijadikan kawasan tadahan dan takungan bagi menampung 168 juta meter padu air untuk tanaman padi dua kali setahun di daerah Besut.

Pengarah Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA), Zulkifly Harun memaklumkan bahawa Empangan ini dapat menakung hujan di sekitar 7,500 hektar kawasan tadahan seluas 1,200 hektar itu. Kerja-kerja penyiasatan tanah, bancian dan topografi telah bermula pada pertengahan 2007.

Ia merupakan takungan air yang terbesar di daerah itu bagi dimanfaatkan bukan sahaja untuk tanaman padi tetapi sebagai sumber bekalan air bersih kepada penduduk, kegiatan industri pelancongan di samping mengatasi masalah banjir.

Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Empangan_Paya_Peda