Kampung Durian Telor terletak di kawasan Hulu Besut dijangka menjadi sebuah kampung yang maju berasaskan pertanian dalam tempoh 10 tahun akan datang melalui pelaksanaan Program My Kampung My Future (MKMF) yang diperkenal kerajaan menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Melalui MKMF, kampung yang dihuni 500 keluarga itu akan mengorak langkah ke hadapan dalam bidang ekonomi, infrastruktur, pendidikan, pelancongan dan pertanian.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan membabitkan setiap agensinya dalam membangunkan kampung itu bagi memastikan pendapatan penduduk meningkau

18275002 1561084837237742 7506123345388823646 n

Perkhidmatan kayak dan permainan air yang disediakan, yang diusahakan oleh Koperasi Kg Durian Telor

Hubungi : 017 931 8660 ( Izam Zamzuri bin Yusof )

 

18301300 1561084893904403 671052800648844823 n

Kampung Durian Telor akan dibangunkan sebagai sebuah kampung organik dalam pelbagai bidang agar ia bebas daripada segala bentuk pencemaran dengan setiap penduduknya sama-sama membangunkannya dengan dipantau oleh agensi pertanian yang terbabit .Penduduk mula dilibatkan dalam pelbagai projek pertanian seperti menternak lembu, kambing, ayam, itik, lebah kelulut (untuk madu) dan ikan dalam sangkar selain menanam sayur-sayuran menggunakan baja organik.

Beberapa projek ekonomi dan pelancongan sedang giat dirancang termasuk membangunkan Tasik Empangan Telabak di kampung berkenaan sebagai sebuah pusat hentian Agro-tourism.Kerjasama dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah pun dimulakan bagi memajukan kawasan itu sebagai pusat rekreasi berkonsepkan Pusat Rawat dan Rehat (R&R) di kawasan seluas 40.47 hektar.

18402922 1561084800571079 2016239399395143238 n

Sementara itu, Jabatan Pertanian akan mewujudkan sebuah taman pertanian di tanah seluas 40.47 hektar lagi di kawasan tasik berkenaan bagi menarik pelancong.Selain itu, Kampung Durian Telur mendapat faedah apabila menjalin kerjasama dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia pada tahun ini bagi mewujudkan sebuah pusat penjualan ikan manakala FAMA pula akan membuka pusat jualan sayur di Hulu Besut.

sumber : http://www.theborneopost.com/2014/01/08/program-mkmf-dijangka-majukan-kampung-durian-telur-dalam-tempoh-10-tahun/