Tarikh

: 19 DISEMBER 2019
Masa :3.30 PM-5.30 PM
Lokasi : PUSAT INTERNET PASIR AKAR
Peserta :2 ORANG

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar . Selain itu, dapat menghebahkan kepada komuniti tentang perkhidmatan yang ada di Pusat Internet.

Aktiviti

 Aktiviti dimulakan dengan memperkenalkan peserta kepada laman web  emunakahat.terengganu.gov.my . eMunakahat adalah salah satu modul yang dimuatkan di dalam Sistem Bersepadu E-Kerajaan Negeri Terengganu (T-eG). eMunakahat merupakan aplikasi berasaskan web bertujuan menguruskan kursus perkahwinan, pendaftaran perkahwinan, perceraian dan rujuk. Pengguna utama eMunakahat adalah Bahagian Undang-Undang Keluarga di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Pejabat Agama Daerah (PAD). Setiap pasangan yang ingin berkahwin di negeri Terengganu dikehendakki mengisi borang permohonan untuk berkahwin secara atas talian. Petugas membantu peserta untuk mengisi borang tersebut.

Gambar Disini