Tarikh |
:4 JULAI 2024 |
Masa | :10.00 AM-11.00 AM |
Lokasi | : NADI KG JABI |
Peserta | :12 ORANG |
Tujuan Memberi pendedahan kepada peserta bagaimana untuk membuka kedai di dalam talian seperti di platform Shoppe dan Tiktok Aktiviti Kelas ini diadakan kepada usahawan yang ingin belajar untuk membuka kedai dalam talian untuk memasarkan produk mereka. Para pesertaterdiri daripada pelbagai peringkat umur dan ada diantara mereka merupakan usahawan yang sudah mempunyai produk. Program ini oleh Rakan Digital (RD) NADI . |
|
Tarikh |
: 3 JULAI 2024 |
Masa | : 10.00 AM-1.00 PM |
Lokasi | : NADI PASIR AKAR |
Peserta | : 28 ORANG |
Tujuan Memberi pendedahan kepada peserta bagaimana untuk membuat permohonan subsidi BUDU MADANI AGRI KOMUDITI Aktiviti Kelas ini diadakan khas kepada warga komuniti setempat yang mengusahakan tanaman kenaf. Ekoran penarikan subsidi diesel, warga komuniti yang terlibat boleh memohon bantuan subsidi dari pihak kerajaan dengan mengisi permohonan di laman web https://budimadani.gov.my/. Pemohon perlulah mendaftar dengan lembaga/jabatan yang terlibat bersesuaian dengan tanaman yang diusahakan. Kali ini, pegawai dari Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara Kawasan Besut dengan kerjasama pihak NADI PASIR AKAR telah membantu komuniti yang terlibat untukmemohon subsidi berkenaan dengan menunjukkan cara untuk mengisinya. |
|
Tarikh | : 21 JUN 2024 |
Masa | : 10.00 AM - 12.00 PM |
Lokasi | : NADI PASIR AKAR |
Peserta | : 10 ORANG |
Tujuan Menghasilkan poster sempena FREE PALESTINE Aktiviti Aktiviti dimulakan dengan pengenalan kepada pengenalan kepada internet. Peserta diajar cara untuk membuka web bagi menghasilkan poster iaitu laman web https://www.canva.com/. Para peserta diajar cara untuk mencipta poster tersebut langkah demi langkah dari segi penggunaan font, paragraph, memasukkan gambar dan sebagainya. |
|
Tarikh | : 21 JUN 2024 |
Masa | : 10.00 AM - 12.00 PM |
Lokasi | : NADI PASIR AKAR |
Peserta | : 10 ORANG |
Tujuan Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di NADI serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar . Selain itu, Menggalakkan kemahiran dalam menggunakan Microsoft office terutamanya. Aktiviti Program dimulakan dengan pengenalan NADI dan aktiviti. Kelas dimulakan dengan memperkenalkan persekitaran microsoft powerpoint dan tools yang ada didalam perisian tersebut yang boleh digunakan. Seterusnya, pelajar diajar cara untuk menggunakan powerpoint seperti yang dikehendakki oleh tugasan yang diberikan. |
|
Tarikh | : 14 JUN 2024 |
Masa | : 11.00AM - 12.00 PM |
Lokasi | :NADI PASIR AKAR |
Peserta | :36 ORANG |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada peserta tentang apa STEM .
Aktiviti
OBJEKTIF
1. Menghasilkan model kereta menggunakan kaedah melipat kertas model
2. Meningkatkan perkembangan motor halus.
PERSEDIAAN
1. Model Kereta yang telah dicetak di atas kertas
2. Gunting.
3. Gam.
PROSEDUR
1. Gunting model kereta mengikut garisan yang telah dicetak.
2. Lekatkan bahagian-bahagian kereta tersebut untuk membentuk model kereta.