Tarikh : 23 JUN 2023
Masa : 11.00 AM - 12.00 PM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta :1 ORANG

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta apakah mindset yang perlu ada sebagai usahawan.

Aktiviti

 Kelas ini diadakan khas kepada para usahawan IKS secara digital menggunakan platform zoom. Para peserta diberi pendedahan bagaimana seorang usahawan itu harus berfikir. mindset adalah sangat penting bagi setiap individu kerana ianya akan mempengaruhi hidup seseorang itu. Mindset yang selari adalah sangat perlu bagi mencapai apa yang sepatutnya. Ianya akan mempengaruhi keputusan yang kita buat setiap hari. Kelas ini dikhususkan kepada usahawan, bagaimana untuk membentuk mindset sebagai usahawan.

Gambar Disini

Tarikh : 22 JUN 2023
Masa : 11.00 PM - 12.00 PM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta :1 ORANG

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta tentang interview skill.

Aktiviti

 Kelas ini diadakan khas kepada para komuniti setempat secara digital menggunakan platform zoom. Para peserta diberi pendedahan tentang skill yang perlu ada bagi menghadiri temuduga. Penerangan yang terperinci diberikan oleh pihak moderator agar para peserta lebih berkeyakinan untuk menghadirii temuduga. Antara perkara penting yang dititikberatkan adalah, pemilhan pemakaian, ketetapan masa dan cara-cara untuk menjawab soalan daripada temuduga.

Gambar Disini

Tarikh : 20 JUN 2023
Masa : 11.00 PM - 12.00 PM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta :5 ORANG

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta bagaimana membuat resume.

Aktiviti

 Kelas ini diadakan khas kepada para komuniti setempat secara digital menggunakan platform zoom. Para peserta diberi pendedahan bagaimana untuk membina resume supaya resume yang dibina memenuhi kehendak majikan. Sebuah resume yang baik adalah resume yang ringkas tetapi padat. Peserta diajar cara untuk membina ayat yang sesuai dan memilih maklumat yang bersesuaian untuk dimasukkan kedalam resume.

Gambar Disini

Tarikh : 21 JUN 2023
Masa : 11.00 PM - 12.00 PM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta :4 ORANG

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta tentang Bussiness Etiquette and Personal Grooming.

Aktiviti

 Kelas ini diadakan khas kepada para komuniti setempat secara digital menggunakan platform zoom. Para peserta diberi pendedahan bagaimana untuk menjadi lebih yakin untuk berdepan dengan klien, orang ramai, pelanggan dan lain-lain dalam pelbagai urusan dan urusan perniagaan secara amnya. Peserta diberi pendedahan tentang etika-etika dalam perniagaan dan juga dari segi penampilan agar nampak lebih yakin dan berketerampilan. Hal ini adalah sangat penting kerana ianya merupakan 1st impression seseorang itu terhadap usahawan khususnya.

Gambar Disini

Tarikh : 19 JUN 2023
Masa : 2.30 PM - 3.30 PM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta :1 ORANG

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta bagaimana menguruskan sumber manusia bagi IKS dengan lebih baik.

Aktiviti

 Kelas ini diadakan khas kepada para usahawan IKS secara digital menggunakan platform zoom. Para peserta diberi pendedahan bagaimana untuk menguruskan sumber manusia seperti pengurusan gaji pekerja, bagaimana untuk memilih calon pekerja yang lebih baik dan banyak lagi. Kelas ini dikendalikan oleh penceramah yang profesional dan para peserta juga boleh berinteraksi secara terus dengan moderator jika terdapat apa-apa persoalan dengan isu berkaitan. Dengan kelas sebegini peserta mendapat ilmu yang akan membantu mereka untuk menjadi usahawan yang lebih berjaya.

Gambar Disini