Tarikh : 09 OGOS 2023
Masa : 10.30 PM - 11.30 PM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta :1 ORANG

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta tentang Smart Farming.

Aktiviti

 Kelas ini diadakan khas kepada para komuniti setempat secara digital menggunakan platform zoom. Para peserta diberi pendedahan tentang apa itu smart Farming. Selari dengan kemajuan teknologi, para petani juga perlu lebih advance ataupun lebih maju ke depan dengan teknologi. Teknologi sangat membantu para petani dalam menguruskan data / input pertanian mereka menjadi lebih mudah, praktikal dan mesra pengguna. 

Gambar Disini

Tarikh : 8 0G0S 2023
Masa : 10.30 PM - 11.30 AM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta :1 ORANG

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta bagaimana membuat resume.

Aktiviti

 Kelas ini diadakan khas kepada para komuniti setempat secara digital menggunakan platform zoom. Para peserta diberi pendedahan bagaimana untuk membina resume supaya resume yang dibina memenuhi kehendak majikan. Sebuah resume yang baik adalah resume yang ringkas tetapi padat. Peserta diajar cara untuk membina ayat yang sesuai dan memilih maklumat yang bersesuaian untuk dimasukkan kedalam resume.

Gambar Disini

Tarikh :05 Ogos 2023
Masa : 2.30 PM - 03.30 PM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta : 2 ORANG

 

Tujuan

Memuatturun dokumen yang berada di dalam telefon untuk dicetak.

Aktiviti

 Aktiviti dimulakan dengan pengenalan kepada pengenalan kepada internet. Peserta diajar cara untuk menggunakan whatsapp web bagi mengambil gambar atau dokumen yang terdapat dalam whatsapp dan juga memindahkan fail dari komputer ke telefon.

Gambar Disini

Tarikh : 07 OGOS 2023
Masa : 10.30 AM - 11.30 PM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta :2 ORANG

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta apakah mindset yang perlu ada sebagai usahawan.

Aktiviti

 Kelas ini diadakan khas kepada para usahawan IKS secara digital menggunakan platform zoom. Para peserta diberi pendedahan bagaimana seorang usahawan itu harus berfikir. mindset adalah sangat penting bagi setiap individu kerana ianya akan mempengaruhi hidup seseorang itu. Mindset yang selari adalah sangat perlu bagi mencapai apa yang sepatutnya. Ianya akan mempengaruhi keputusan yang kita buat setiap hari. Kelas ini dikhususkan kepada usahawan, bagaimana untuk membentuk mindset sebagai usahawan.

Gambar Disini

Tarikh : 03 Ogos 2023
Masa :02.30 PM - 04.30 PM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta : 2 ORANG

 

Tujuan

Bengkel Microsoft Office (Word) Lembaran Kerja Kursus Pelajar Bersama Pelajar .

Aktiviti

Bengkel Microsoft Word dijalankan untuk membantu belia dalam mempersiapkan diri untuk memasuki IPTA. Peserta diajar cara untuk menaip dengn betul dan persekitaran microsoft word. Dalam bengkel Microsoft Office ini petugas telah memberi tunjuk ajar  yang asas iaitu bagaimana cara untuk membuat jadual,menukar tulisan,menukar saiz tulisan,memasukkan gambar serta menyimpan maklumat yang dimasukan melalui applikasi ini.

Gambar Disini