Tarikh : 15 SEPTEMBER 2023
Masa : 9.30 AM - 10.30 AM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta :21 ORANG

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta tentang apa STEM.

Aktiviti

Kelas ini diadakan khas kepada para pelajar sempena cuti sekolah. Projek Stem kali ini adalah " MAGIC FINGER". Aktiviti ini bertujuan untuk menunjukkan para peserta bagaimana serbuk glitter yang terapung di atas air akan menjadi berselerak setelah diletakkan beberapa titik pencuci pinggan ke jari dan disentuh ke atas permukaan air. Hal ini terjadi disebabkan ketegangan permukaan iaitu sifat air yang menghalang elemen-elemen luar. Sabun pencuci pinggan mengurangkan ketegangan permukaan air, menyebabkan air di dalam bekas akan terserak dan membawa serbuk glitter bersama-sama dengannya. Syabas dan tahniah kepada para peserta yang hadir untuk menyertai aktiviti ini.

Gambar Disini

Tarikh : 8 SEPTEMBER 2023
Masa : 3.30 PM - 5.30 PM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta :21 ORANG

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta tentang apa STEM.

Aktiviti

Kelas ini diadakan khas kepada para pelajar sempena cuti sekolah. Projek Stem kali ini adalah " ROCKET". Peserta diberi penerangan dan dipertontonkan video bagaimana roket itu berhasil diterbangkan. Bagaiman untuk mencipta keseimbangan dalam reka bentuk roket itu sendiri. Daya Momentum yang  diberikan kepada roket akan mempengaruhi kelajuan roket tersebut. Para Pelajar dapat menyempurnakan tugasan dengan jayanya dan merasa seronok dengan aktiviti ini.

Gambar Disini

Tarikh : 13 SEPTEMBER 2023
Masa : 10.30 AM - 11.30 PM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta :1 ORANG

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta tentang Bussiness Etiquette and Personal Grooming.

Aktiviti

 Kelas ini diadakan khas kepada para komuniti setempat secara digital menggunakan platform zoom. Para peserta diberi pendedahan bagaimana untuk menjadi lebih yakin untuk berdepan dengan klien, orang ramai, pelanggan dan lain-lain dalam pelbagai urusan dan urusan perniagaan secara amnya. Peserta diberi pendedahan tentang etika-etika dalam perniagaan dan juga dari segi penampilan agar nampak lebih yakin dan berketerampilan. Hal ini adalah sangat penting kerana ianya merupakan 1st impression seseorang itu terhadap usahawan khususnya.

Gambar Disini

 

Tarikh : 14 SEPTEMBER 2023
Masa : 10.30 AM - 11.30 AM
Lokasi : PEDI PASIR AKAR
Peserta :1 ORANG

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta tentang interview skill.

Aktiviti

 Kelas ini diadakan khas kepada para komuniti setempat secara digital menggunakan platform zoom. Para peserta diberi pendedahan tentang skill yang perlu ada bagi menghadiri temuduga. Penerangan yang terperinci diberikan oleh pihak moderator agar para peserta lebih berkeyakinan untuk menghadirii temuduga. Antara perkara penting yang dititikberatkan adalah, pemilhan pemakaian, ketetapan masa dan cara-cara untuk menjawab soalan daripada temuduga.

Gambar Disini

Tarikh : 12 SEPTEMBER 2023
Masa : 10.30 PM - 11.30 AM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta :1 ORANG

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta bagaimana membuat resume.

Aktiviti

 Kelas ini diadakan khas kepada para komuniti setempat secara digital menggunakan platform zoom. Para peserta diberi pendedahan bagaimana untuk membina resume supaya resume yang dibina memenuhi kehendak majikan. Sebuah resume yang baik adalah resume yang ringkas tetapi padat. Peserta diajar cara untuk membina ayat yang sesuai dan memilih maklumat yang bersesuaian untuk dimasukkan kedalam resume.

Gambar Disini