Tarikh : 24 OGOS 2023
Masa : 10.30 AM - 11.30 AM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta :1 ORANG

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta tentang Pengurusan Kewangan Peribadi.

Aktiviti

 Kelas ini diadakan khas kepada para komuniti setempat secara digital menggunakan platform zoom. Para peserta diberi pendedahan tentang bagaimana cara untuk menguruskan kewangan peribadi agar kehidupan menjadi lebih stabil, sejahtera,dan seimbang. Penerangan yang terperinci diberikan oleh pihak moderator. Peserta juga boleh mengajukan sebarang persoalan kepada moderator.

Gambar Disini

Tarikh : 25 0G0S 2023
Masa : 11.30 AM - 12.30 AM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta :12 ORANG

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta tentang apa STEM.

Aktiviti

Kelas ini diadakan khas kepada para pelajar sempena cuti sekolah. Projek Stem kali ini adalah " Robotic Hand". Peserta diberi penerangan dan dipertontonkan video bagaimana tangan manusia itu berfungsi. Peserta juga diberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk membuat tangan robotik oleh petugas. Peserta berjaya membina tangan robotik dan berfungsi seperti sepatutnya. Peserta merasa teruja dan gembira dan menyatakan hasrat untuk menyertai lagi aktiviti steam ini. 

Gambar Disini

Tarikh : 25 OGOS 2023
Masa : 09.30 AM - 10.30 AM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta :9 ORANG

 

Tujuan

Menghasilkan Resume bagi permohonan pekerjaan.

Aktiviti

 Aktiviti dimulakan dengan pengenalan kepada pengenalan kepada internet. Peserta diajar cara untuk membuka web bagi menghasilkan kad digital iaitu laman web https://www.canva.com//templates/. Seiring dengan arus kemajuan, pelbagai kad boleh dicipta menggunakan platform digital. salah satunya adalah canva. Pelbagai jenis template disediakan oleh canva untuk penggunanya. Peserta di ajar cara untuk membina kad tersebut dari segi penggunaan font, gambar sehinggalah penggunaan layer. 

Gambar Disini

Tarikh : 25 OGOS 2023
Masa : 10.30AM - 11.30 AM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta :9 ORANG

 

Tujuan

Kelas bagi memperkenalkan peserta kepada aplikasi kahoot  secara atas talian.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan pengenalan kepada aplikasi atas talian bagi kahoot . kahoot merupakan satu aplikasi atas talian berupa soalan kuiz yang boleh dicipta oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akaun gmail, yahoo dan lain-lain secara percuma. Kahoot boleh dikongsi kepada sesiapa sahaja dan sesi menjawab kuiz menjadi lebih interaktif. Untuk program kali ini, tema kuiz kahoot  adalah PATRIOTIK. Program disertai oleh pelajar sekolah rendah.

Gambar Disini

Tarikh : 23 0G0S 2023
Masa : 10.30 AM - 11.30 AM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta :2 ORANG

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta bagaimana menguruskan kewangan dengan lebih baik.

Aktiviti

 Kelas ini diadakan khas kepada para usahawan IKS secara digital menggunakan platform zoom. Para peserta diberi pendedahan bagaimana untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan teratur. Kelas ini dikendalikan oleh penceramah yang profesional dan para peserta juga boleh berinteraksi secara terus dengan moderator jika terdapat apa-apa persoalan dengan isu berkaitan. Dengan kelas sebegini peserta mendapat ilmu yang akan membantu mereka untuk menjadi usahawan yang lebih berjaya.

Gambar Disini