Tarikh | : 22 OGOS 2023 |
Masa | : 10.30 AM - 11.30 AM |
Lokasi | : PEDi PASIR AKAR |
Peserta | :2 ORANG |
Tujuan Memberi pendedahan kepada peserta bagaimana menguruskan sumber manusia bagi IKS dengan lebih baik. Aktiviti Kelas ini diadakan khas kepada para usahawan IKS secara digital menggunakan platform zoom. Para peserta diberi pendedahan bagaimana untuk menguruskan sumber manusia seperti pengurusan gaji pekerja, bagaimana untuk memilih calon pekerja yang lebih baik dan banyak lagi. Kelas ini dikendalikan oleh penceramah yang profesional dan para peserta juga boleh berinteraksi secara terus dengan moderator jika terdapat apa-apa persoalan dengan isu berkaitan. Dengan kelas sebegini peserta mendapat ilmu yang akan membantu mereka untuk menjadi usahawan yang lebih berjaya. |
|
Tarikh | :21 OGOS 2023 |
Masa | :2.30 PM - 4.30 PM |
Lokasi | :PEDi PASIR AKAR |
Peserta | : 1 ORANG |
Tujuan Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar . Selain itu, Menggalakkan kemahiran dalam menggunakan Microsoft office terutamanya Microsoft Word. Aktiviti Program dimulakan dengan pengenalan PEDi dan aktiviti. Kelas dimulakan dengan memperkenalkan persekitaran microsoft powerpoint dan tools yang ada didalam perisian tersebut yang boleh digunakan. Seterusnya, pelajar diajar cara untuk menggunakan powerpoint seperti yang dikehendakki oleh tugasan yang diberikan. |
|
Tarikh | : 18 0G0S 2023 |
Masa | : 05.00 PM - 06.00 PM |
Lokasi | : ASRAMA DESA SK PASIR AKAR |
Peserta | :65 ORANG |
Tujuan Memberi pendedahan kepada peserta tentang jenayah buli siber ( KLIK DENGAN BIJAK). Aktiviti Kelas ini diadakan khas kepada para pelajar Sek Keb Pasir Akar. Pelajar dipertontonkan video berkaitan dengan jenayah buli siber. Jenayah ini semakin berleluasa dikalangan masyarakat Malaysia. Oleh hal yang demikian, pendedahan perlu diberikan sedari sekolah rendah agar anak-anak pelajar kita terhindkar daripada terlibat dengan hal-hal sebegini. Mereka perlu tahu bahawasanya jenayah buli siber adalah satu jenayah yang serius yang boleh kemudaratan kepada mereka yang terjejas. |
|
Tarikh | : 19 OGOS 2023 |
Masa | : 2.00 PM - 4.00 PM |
Lokasi | : PEDi Pasir Akar |
Peserta | :3 ORANG |
Tujuan Kelas bagi memperkenalkan pelajar tabika kepada aplikasi mewarna secara atas talian. Aktiviti Aktiviti dimulakan dengan pengenalan kepada aplikasi atas talian bagi mewarna. Para peserta mewarna secara digital . Program ini juga memperkenalkan pesertar kepada persekitran digital dan perkakasan asas seperti monitor, keyboard dan mouse. Peserta diajar cara untuk menggunakan mouse dengan betul. Program ini melibatkan 10 orang peserta. Program berjalan dengan lancar dan peserta begitu teruja dan menyatakan hasrat untuk datang lagi ke PEDi untuk belajar komputer. |
|
Tarikh | : 18 0G0S 2023 |
Masa | : 03.00 PM - 05.00 PM |
Lokasi | : ASRAMA DESA SK PASIR AKAR |
Peserta | :65 ORANG |
Tujuan Memberi pendedahan kepada peserta tentang apa STEAM. Aktiviti Kelas ini diadakan khas kepada para pelajar Sek Keb Pasir Akar. Projek Stem kali ini adalah " Robotic Hand". Peserta diberi penerangan dan dipertontonkan video bagaimana tangan manusia itu berfungsi. Peserta juga diberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk membuat tangan robotik oleh petugas. Peserta berjaya membina tangan robotik dan berfungsi seperti sepatutnya. Peserta merasa teruja dan gembira dan menyatakan hasrat untuk menyertai lagi aktiviti steam ini. |
|