Tarikh : 21 SEPTEMBER 2023
Masa : 10.30 AM - 11.30 AM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta :1 ORANG

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta tentang Pengurusan Kewangan Peribadi.

Aktiviti

 Kelas ini diadakan khas kepada para komuniti setempat secara digital menggunakan platform zoom. Para peserta diberi pendedahan tentang bagaimana cara untuk menguruskan kewangan peribadi agar kehidupan menjadi lebih stabil, sejahtera,dan seimbang. Penerangan yang terperinci diberikan oleh pihak moderator. Peserta juga boleh mengajukan sebarang persoalan kepada moderator.

Gambar Disini

Tarikh : 20 SEPTEMBER 2023
Masa : 10.30 AM - 12.30 PM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta :1 ORANG

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta tentang Smart Farming.

Aktiviti

 Kelas ini diadakan khas kepada para komuniti setempat secara digital menggunakan platform zoom. Para peserta diberi pendedahan tentang apa itu smart Farming. Selari dengan kemajuan teknologi, para petani juga perlu lebih advance ataupun lebih maju ke depan dengan teknologi. Teknologi sangat membantu para petani dalam menguruskan data / input pertanian mereka menjadi lebih mudah, praktikal dan mesra pengguna. 

Gambar Disini

 

Tarikh : 18 SEPTEMBER 2023
Masa :02.30 PM - 04.30 PM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta : 1 ORANG

 

Tujuan

Bengkel Microsoft Office (Word) Lembaran Kerja Kursus Pelajar Bersama Pelajar .

Aktiviti

Bengkel Microsoft Word dijalankan untuk membantu belia dalam mempersiapkan diri untuk memasuki IPTA. Peserta diajar cara untuk menaip dengn betul dan persekitaran microsoft word. Dalam bengkel Microsoft Office ini petugas telah memberi tunjuk ajar  yang asas iaitu bagaimana cara untuk membuat jadual,menukar tulisan,menukar saiz tulisan,memasukkan gambar serta menyimpan maklumat yang dimasukan melalui applikasi ini.

Gambar Disini

Tarikh : 19 SEPTEMBER 2023
Masa : 10.30 AM - 12.30 PM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta :1 ORANG

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta bagaimana menguruskan kewangan dengan lebih baik.

Aktiviti

 Kelas ini diadakan khas kepada para usahawan  secara digital menggunakan platform zoom. Para peserta diberi pendedahan bagaimana untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan teratur. Kelas ini dikendalikan oleh penceramah yang profesional dan para peserta juga boleh berinteraksi secara terus dengan moderator jika terdapat apa-apa persoalan dengan isu berkaitan. Dengan kelas sebegini peserta mendapat ilmu yang akan membantu mereka untuk menjadi usahawan yang lebih berjaya.

Gambar Disini

Tarikh : 15 SEPTEMBER 2023
Masa : 10.30 AM-11.30 AM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta : 21 ORANG

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di PEDi Pasir Akar.

 Aktiviti dimulakan dengan pengenalan kepada laman web e-pembelajaran  iaitu di https://thewordsearch.com. Peserta diminta untuk mencari perkataan-perkataan yang telah diberikan di bahagian tepi. Peserta perlu memberi perhatian bagi mencari perkataan-perkataan itu.

Gambar Disini